kalau satu hari awak menangis,
bagitahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum
tapi saya boleh menangis bersama awak
kalau satu hari awak ada masalah
bagitahu saya,
saya tak janji nak bagi awak penyelesaian
tapi awak boleh kongsikannya dengan saya
kalau satu hari awak memerlukan seseorang
untuk mendengar cerita awak,
saya sentiasa ada untuk awak
tapi,
kalau satu hari awak perlukan saya
dan saya tiada
mungkin kerana
Allah lebih memerlukan saya ketika itu

